entry untuk tahun baru dan 2nd post untuk blog ini.yey! finally terupdate gak.ingatkan mati begitu saja -.-''
tahun baru da datang so diharapkan bertambah ilmu bertambah amal dan mohon untuk dimurahkan rezeki.
sudahkah anda membaca doa awal tahun dan akhir tahun?
ini dia.untuk peringatan bersama.
doa akhir tahun
doa awal tahun
credit to http://syedas.wordpress.com
kalau flashback balik memanggggggggg banyakkkk gileeeeeeee kenangan dan pengalaman yang tak dapat dilupakan. tengok tu.words akhir ntok memang banyak gile kan banyak menunjukkan tahun lepas memang terlalu lalu lalu banyak pengalaman dapat. alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah masih bernafas lagi di bumi Allah. terlalu banyak kesyukuran yang tak dapat disenaraikan. sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. dan banyak juga musibah melanda. teringat masa tengok cite kat tv1 pasal raya haji kot.tak silap la. dia seorang ibu tunggal. memang pandai dari kecil dan dipelihara oeh nenek dan atuknya kerana ayah dan ibu telah dijemput illahi. aktif masa sekolah dan pernah mendapat tawaran belajar di luar negara namun terpaksa menolak kerana tangungjawab terhadap nenek dan atuknya. kemudian masuk maktab dan jadi guru. berkahwin dan dikurniakan 6 or 7 orang anak (kalau salah tolong betulkan.da tak ingat.hehe). tak lama kemudian bercerai hidup dengan suami. hidup pun ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang namun berkat kesungguhan dan ketabahan beliau akhirnya satu persatu anaknya diterima masuk universiti.anak-anaknya bijak dan sangat-sangat menghormati ibu nya. actually cite ni ramai da taw kot. tapi yang paling terkesan kat hati bila ibu tunggal tersebut mengucapkan kesyukuran kepada Allah.
''tak mamupu saya ucapkan kesyukuran saya dan saya sujud syukur setiap hari kerana terlalu banyak kesyukuran yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.''dari situ saya belajar bahawa sekecil-kecil nikmat yang Allah bagi rupanya adalah nikmat yang paling besar dan bermakna untuk kita.contohnya; kalau tak ada pokok mungkin kita akan mengeluh kepanasan. tak ada tisu, tak ada kertas and etc.
jadi kawan-kawan mari kita bersyukur kerana setiap pengalaman yang Allah bagi secara tak langsung mematangkan kita. pengalaman tahun lepas, pengalaman semalam dan pengalaman 30min yang lalu. ucaplah kesyukuran kepada Allah selalu kerana nikmat-Nya, rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya begitu dekat dengan kita. kenapa kita tak bersyukur?
ok patutnya entry ni pasal penghijrahan kan tapi kita buat perubahan sikit.hehe btw tadi baru tengok wanita hari ini mengenai dulu lain sekarang lain. ashraf muslim dan farra jadi jemputan whi. farra artis zaman dulu-dulu(xbape nak kenal). ok sape tak kenal ashraf muslim sila google sekarang -.-''. terkejut dengan penghijrahan beliau sekarang. bukan dia je..salah seorang ahli bekas kumpulah ruffadge pon sama. terkejut sangat. syukur alhamdulilah Allah sayangkan mereka.tengok dorang pon tenang je. so kawan-kawan mari kita berhijrah kepada satu tahap yang lebih baik. kurang-kurangkan la wat keje xberfaedah (lebih kepada diri sendiri)
apapun yang baik itu datang dari Allah dan kesilapan itu dari saya sendiri
wallahualam
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1432HIJRAH


No comments:
Post a Comment