Sunday, June 15, 2014

Wedding checklist 4months before..

Assalamualaikum readers,

Lagi 4 bulan sebelum majlis. Tercari-cari jugak checklist dari ex bride to be yang sistematik dan best. Google punya google jumpa kat sini.hehe best! sebagai rujukan untuk bakal pengantin ;)

Okay untuk majlis aku, ada 4bulan lagi untuk persiapan. Ayah aku dah suruh isi borang online daftar untuk nikah. Ayahnda, kena 3 bulan sebelum la. Nanti isi dan hantar awal-awal tak valid. Kena 3 bulan sebelum majlis.huhuhuhuhu tertekan anaknda mu ini. okey kat sini aku sertakan sedikit review dan checklist untuk majlis perkahwinan #amirahelmi tudiaaa dah keluar hashtag dah.hihik

1. Dewan (DONE)
-Dewan Melur MBSA Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.
-Cara booking, pergi pejabat MBSA Shah Alam, ambil borang dan isi. Hantar borang bersama deposit.
-Keterangan lanjut boleh check di sini
Review: Alhamdulilah family aku suka. Dewan okay dan sebelah surau at-taqwa. Para jemputan boleh solat di surau semasa majlis.tak ada la kes lenggah-lenggahkan solat. alhamdulilah. Impian aku buat majlis dekat-dekat dengan surau/majid.

2. MUA. (DONE)
-Kak Dsadar
Review: Aku ambil keputusan untuk booked kak Sadar based on review cousin aku. Makeup cantik sangat dan harga reasonable ;) 

3. Photographer (DONE)
-FYI aku pernah tulis dilema mencari photographer kat sini. Tapi tak mendapat approval dari sanak saudara.Jadi aku up kan sikit budget aku dan cari yang lebih baik. Alhamdulilah Allah mendorong aku untuk booked En Acai. 
Review: Sanak saudara kata OK. Komunikasi dengan En Acaii sangat best dan professional. Dia sangat baik melayan karenah aku.hehe Thanks en acaii. Review gambar yang diambil dari pengantin sebelum ini pon okay dan dah berpengalaman lama. So why not kita try kan ;)

4. Pelamin nikah (DONE)
-Mak aku request untuk buat pelamin nikah. Sebagai kenang-kenangan katanya. Jumpa butik kak laili melalui group 'all about majlis perkahwinan'
Review: Pelamin dalam budget aku. hehehe suka suka :)

5. Pelamin Sanding/Resepsi Dewan (DONE)
-Telah direview oleh ex-B2B rina di sini
Review: Aku nak yang simple dan murah (kedekut betul.hehe) Orang kata tak outstanding ke tak cantik ke terpulang lah. Yang penting ada pelamin buat syarat je. Bukan aku nak sanding sangat. Untuk bergambar je. Tapi murah la. Paling murah pernah aku survey dan based aku tengok dari apa yang kak fiza pernah buat cantik walaupun tak segrand pelamin yang lain. Tapi still okay di mata aku.hehe 

6. Katering
-Tak bayar lagi deposit tapi mak aku aim nak ambil dengan kak embun.
-Review: Family aku pernah makan di majlis perkahwinan anak kepada kawan mak aku. Semua kata sedap. Dan yang penting makcik embun layan dan sentiasa tanya pasal katering kat aku. Dah booking katering ke belum dik?hehee comel betul. 

7. Legal Documents
-Kursus kahwin dan HIV test done.hihik
-Yang lain tunggu bulan depan kita settle ok.
Review: Boleh tengok kat sini 


Yang belum lengkap:-
Set bilik tidur, doorgift, handbouquet, n etc T_T

FYI, aku 100% booking berdasarkan internet. Tak pergi cari/survey bridal secara fizikal. Sebab nya aku trauma pernah kena sindir dengan bridal.haha tapi mendalam gila sindiran dia beb. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Dan aku ambil semua pakej lain-lain sebabnya baju aku buat sendiri dan makeup dan photographer aku memang aim nak ambil yang cantik dan mahal sikit. Jadinya tak kan nak ambil pakej lengkap tapi nak pelamin dan katering je kan? Jadi solusi nya ambil asing-asing. Ada yang kata mahal ambil asing-asing. Tapi bagi aku kalau pandai cari last-last sama je dari segi perbelanjaan dan perbelanjaan. Kadang-kadang ambil full pakej pelamin dan makeup cantik tapi photographer dan makanan kurang sikit. Jadi tepuk dada tanya selera masing-masing ok.

Lagi satu aku memang tak suka siapa-siapa yang complain majlis kahwin orang lain. Makanan tak sedap, pelamin tak cantik, ehh simplenya majlis kahwin dia. Well hello!! Kau ada bagi duit ke kat majlis kahwin orang yang kau complain tu. Itu je lah yang dia mampu. Jadi tujuan kau pergi kenduri orang tu ape? Nak makan, nak mengumpat, nak tengok pelamin? Tujuan ke majlis kahwin untuk meraikan dan mendoakan pengantin dan keluarga. Kalau grand pun majlis dia dah dia memang berduit. Kalau simple pun itu je yang dia mampu. Sorry aku emo sikit bab ni sebab aku terbaca dekat blog someone dia complain makanan tak sedap dekat kenduri kawen jiran dia. Kemain dia complain siap suggest lagi katering yang sepatutnya orang tu ambil. aihhhh macam-macam.

Jadinya tahan mulut dari complain majlis orang lain. Unless kalau anda betul-betul memang menyumbang terhadap majlis itu sendiri. Kalau tak menyumbang fizikal atau wang, jangan banyak bunyi ok.

Ok sekian sahaja bebelan aku. Thanks for reading peeps :)

Regards,
Amirah



2 comments:

  1. hi babe.. betullah tu better amik asing-asing. puas nyawa..
    selamat menjalani preparation kawin yaww. hehe

    xlast, ex-b2b

    ReplyDelete
  2. Hehe..betul tu..kita hadir majlis kwin org kena doakan kebahagian org. :) besa la, mulut org. Huhu apa2 pun..goodluck mirah ^^

    ReplyDelete