Monday, November 18, 2013

Mengemas kini kehidupan (Life Update)

Assalamualaikum,

Nampaknya blog ni memang makin lama makin suram.huhuk update setahun sekali uolss.Sabar okay blog. By the way setelah lama meninggalkan entry tahun 2012, penghujung 2013 baru nak update pasal diri sendiri.hihik banyak yang berlaku sepanjang 2013 ni. Untuk itu kita highlight kan mana yang patut ye.

1. Pertukaran status 

Actually dah 3 bulan lepas bertunang dengan pokcik ku.aih what to do setelah lama kenal (almost 7 years) baru nak menunangkan diri. Maklumlah masing-masing sibuk dengan komitment. Mula-mula cadangnya nak bertunang akhir tahun ni. Tapi disebabkan masalah miss communication entah macam mana so diputuskan untuk tunang pada 31st August 2013.  Perasaan dah bertunang? tak ada perasaan pon. Rasa macam tak percaya pon ada.ekeke 

Masa 31st August, family aku buat 3 majlis sekali. Majlis pertunangan, majlis doa selamat masuk rumah baru dan majlis rumah terbuka hari raya. Penat tak yah cakap lah kan...kena mengemas lagi, tetamu ramai sangat sampaikan tak cukup menu masa open house, hujan lebat and etc. Ramai gila okay yang buat open house hari tu. Bajet tak ramai datang lah kan sekali hamek kau..masing-masing ke dapur lah.akakaka okay  malas nak taip banyak moh kita layan gambar dulu. Credit to my telented cousin kak laila as official photographer and Harith videographer.hee :D TQ akak and Harith :) 











p/s: Video dia korang cari sendiri kat youtube.den malu nak lotak.ekekeke 

2. Attachment

Ingat lagi tak pasal attachment dulu? InshaAllah akan pergi next year. dah contact dah dengan warga malaysia yang stay kat Sheffield. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan ke sana nanti *nervous*

Campus map Uni of Sheffield


3. Cuti-cuti Malaysia (sepanjang 2012-2013)

i-South Korea (Seoul and Jeju) -Kalau aku rajin nanti aku cerita k.








ii-Pulau Perhentian, Terengganu




iii-Bandung, Indonesia.

Yang ni Bulan 12 nanti.inshaAllah tak sabar nak borong lace!!


*********************************************************************************


Okay tu je lah kot untuk update life.ekeke life aku tak da siapa rasanya nak tahu.so boring.hee kita tunggu next entry pulak okay. Mungkin entry seterusnya banyak pasal B2B.maklulah persediaan melangkah ke arah perkahwinan. siapa-siapa yang ada idea best untuk perkahwinan boleh roger okay.sangat mengalu-alukan.

Salam ^^



Friday, February 17, 2012

Spaghetti Tomyam

Assalamualaikum,

Amazing aku update blog weh!haha okey saje nak kongsi resepi. Harini aku masak spaghetti tomyam untuk lunch. Maaf gambar lupa ambil sebab excited gila nak rasa last-last habis.tak sempat nak ambil.hehe okey berikut adalah resepi dia. Cuba ye :)

Bahan-bahan:

2 ulas bawang putih
Serai-dititik/dihiris halus(ikut citarasa.aku prefer hiris sebab bila makan dapat rasa bau serai.harum)
Cili-ikut citarasa masing-masing
Perencah tomyam
Spaghetti-direbus
Ayam-dipotong dadu
Brokoli(dicelur dengan air panas) atau sayur campur
Garam&gula secukupnya

Cara-cara:-

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan setelah harum masukkan serai
2. Masukkan ayam. Nampak dah masak sikit masukkan perencah tomyam.
3. Masukkan garam dan gula secukupnya dan gaul rata
4. Masukkan spaghetti. Gaul rata.
5. Sebelum angkat masukkan brokoli. Biarkan mesra sebentar sebelum angkat.
5. Hias dan hidang.

Selamat mencuba :)

Thursday, December 9, 2010

alhamdulilah

assalamualaikum :)

alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah :) syukur syukur.banyak perkara berlaku hari ni dan sangat terkejut bila tengok result sem 7. syukur Allah syukur.rahmat dan kasih sayang-Mu tak terhingga.syukur syukur.

nothing to say much.

           ALHAMDULILAH     

Monday, December 6, 2010

salam maal hijrah

assalamualaikum..

entry untuk tahun baru dan 2nd post untuk blog ini.yey! finally terupdate gak.ingatkan mati begitu saja -.-''
tahun baru da datang so diharapkan bertambah ilmu bertambah amal dan mohon untuk dimurahkan rezeki.
sudahkah anda membaca doa awal tahun dan akhir tahun?
ini dia.untuk peringatan bersama.



doa akhir tahun

doa awal tahun


kalau flashback balik memanggggggggg banyakkkk gileeeeeeee kenangan dan pengalaman yang tak dapat dilupakan. tengok tu.words akhir ntok memang banyak gile kan banyak menunjukkan tahun lepas memang terlalu lalu lalu banyak pengalaman dapat. alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah masih bernafas lagi di bumi Allah. terlalu banyak kesyukuran yang tak dapat disenaraikan. sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. dan banyak juga musibah melanda. teringat masa tengok cite kat tv1 pasal raya haji kot.tak silap la. dia seorang ibu tunggal. memang pandai dari kecil dan dipelihara oeh nenek dan atuknya kerana ayah dan ibu telah dijemput illahi. aktif masa sekolah dan pernah mendapat tawaran belajar di luar negara namun terpaksa menolak kerana tangungjawab terhadap nenek dan atuknya. kemudian masuk maktab dan jadi guru. berkahwin dan dikurniakan 6 or 7 orang anak (kalau salah tolong betulkan.da tak ingat.hehe). tak lama kemudian bercerai hidup dengan suami. hidup pun ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang namun berkat kesungguhan dan ketabahan beliau akhirnya satu persatu anaknya diterima masuk universiti.anak-anaknya bijak dan sangat-sangat menghormati ibu nya. actually cite ni ramai da taw kot. tapi yang paling terkesan kat hati bila ibu tunggal tersebut mengucapkan kesyukuran kepada Allah. 

''tak mamupu saya ucapkan kesyukuran saya dan saya sujud syukur setiap hari kerana terlalu banyak kesyukuran yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.''
dari situ saya belajar bahawa sekecil-kecil nikmat yang Allah bagi rupanya adalah nikmat yang paling besar dan bermakna untuk kita.contohnya; kalau tak ada pokok mungkin kita akan mengeluh kepanasan. tak ada tisu, tak ada kertas and etc.

jadi kawan-kawan mari kita bersyukur kerana setiap pengalaman yang Allah bagi secara tak langsung mematangkan kita. pengalaman tahun lepas, pengalaman semalam dan pengalaman 30min yang lalu. ucaplah kesyukuran kepada Allah selalu kerana nikmat-Nya, rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya begitu dekat dengan kita. kenapa kita tak bersyukur?

ok patutnya entry ni pasal penghijrahan kan tapi kita buat perubahan sikit.hehe btw tadi baru tengok wanita hari ini mengenai dulu lain sekarang lain. ashraf muslim dan farra jadi jemputan whi. farra artis zaman dulu-dulu(xbape nak kenal). ok sape tak kenal ashraf muslim sila google sekarang -.-''. terkejut dengan penghijrahan beliau sekarang. bukan dia je..salah seorang ahli bekas kumpulah ruffadge pon sama. terkejut sangat. syukur alhamdulilah Allah sayangkan mereka.tengok dorang pon tenang je. so kawan-kawan mari kita berhijrah kepada satu tahap yang lebih baik. kurang-kurangkan la wat keje xberfaedah (lebih kepada diri sendiri)

apapun yang baik itu datang dari Allah dan kesilapan itu dari saya sendiri

wallahualam

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1432HIJRAH


Wednesday, December 1, 2010

first post

bismillahirahmanirahim...dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

assalamualaikum...

hihi saya orang baru di sini.sila beri tunjuk ajar.



nothing more...tak ada idea nak tulis.maklumlah baru nak start balik buat karangan yang da lame tinggal dulu tu :P

till then take care!