Assalamualaikum,
Tentatif program sangat penting untuk sesebuah majlis. Sebagai contoh kalau tak buat tentatif program dan dirancang awal terlebih dahulu nanti semua plan camca marba,kelam kabut dan over budget masa. Aku pernah attend majlis kahwin yang sangat kelam kabut. Tak tahu mana satu keluarga pengantin perempuan sebab tak ada yang menyambut. Plus masa makan beradab sepatutnya tunggu pengantin dan baca doa tapi keluarga pihak lelaki makan tanpa pengantin sebab dijemput oleh tuan rumah makan dahuu tanpa tunggu pengantin. I was like errrr.hmmm pelik bukan?
Disebabkan tak nak berlaku kejadian yang kelam kabut dan mengundang ketidak puasan hati, maka aku dengan kesedaran yang tinggi setelah diputuskan dalam mensyuarat keluarga aku (eceh) maka aku pun wajib draft tentatif majlis dari majlis mula hingga tamat. Contoh tentatif majlis yang aku jumpa. Sangat inspire okay. Aku pun tiru dari sini jugak.hehe ;) Sangat teratur dan siap ada timing lagi.
Yang membuatkan aku confius sekarang, aku nak sanding dalam pukul 1.30petang. Maksudnya pengantin muncul masa tu. Sebab azan zuhur untuk majlis aku masuk jam 1.00petang. Jadi lepas makeup terus solat dan terus gerak ke dewan. But sure gelabah ayam masa tu kan sebab nak cepat.Tapi benefitnya selesai solat boleh layan tetamu dan boleh pergi photoshoot terus. Makeup pun tak perlu touch up. Jimat katakan.
Tapi family dan tunang aku request untuk sanding awal. Pukul 12.30tengahari dah keluar. So majlis boleh habis awal. Persoalannya, kalau keluar pukul 12.30, sure solat zuhur lambat. Bila nak g outdoor photoshoot kan?4.19 petang dah masuk asar. Jadinya aku kena keluar dewan paling lambat pukul 3.45petang cuci makeup dan solat zuhur. Lepas tu makeup balik baru pergi outdoor photoshoot. Kira makeup 2kali.huhu Oh korang boleh check waktu solat untuk tahunan di sini Sebelum planing elok dulu sebagai muslim kita check waktu solat kita. Ye dak.
So aku nak tanya korang..korang prefer majlis makan beradab/sanding sebelum zuhur atau selepas zuhur? Please.aku tengah confuse sangat. Mohon korang bagi pilihan yang best. Ikutkan aku nak after zuhur. Kalau ada ex-B2B lagi best boleh share majlis korang start bila dan macam mana korang uruskan masa.
Btw say no to qada zuhur semata-mata majlis. Tak syiok okay. Dosa meninggalkan solat dengan sengaja walaupun qada.
Thanks for reading my entry.
Regards,
Amirah

Em...fiza pun tengah pening sebenarnya. (kita serupa..wowowoo) Fiza prefer lepas zohor baru sanding. Sebab kita tak perlu kelamkabut sangat. Tapi, fiza buat camni..majlis nikah dan sanding fiza ni hari yg sama. So, pukul 9-11 pagi nikah. Jemputan mula jam12.30 tgh hari..tapi sanding gitu dalam jam1.30. So, tetamu boleh datang awal..kalau nak solat dulu baru datang pun ok. :) Tetamu akan tunggu juga kalau pengantin nak solat..tak lari punya. :') Ni pendapat fiza la. Hehe Mana yang memudahkan itu la seelok2nya.
ReplyDeletekan..pening sangat @_@ thanks untuk pendapat fiza.semoga dipermudahkan urusan preparation majlis :)
DeleteSama2..kita share idea dan pendapat masing2..terasa ringan sikit beban tu, kan? ^^
DeleteAini b2b blogger follow sini...
ReplyDeleteohmywedding-omw.blogspot.com
thanks follow kite :)
Delete