Assalamualaikum,
Tinggal sebulan lagi nak bertukar status. Tiba-tiba rasa tak get ready, banyak tak siap, tak nak kahwin dan macam-macam. Korang yang dah berkahwin pernah tak rasa macam ni sebelum kahwin? T_T
Tak tahu nak kata macam mana. Nak kata gaduh tak tapi macam tiba-tiba tak ready nak kahwin. Macam mana nak jadi isteri solehah nanti kalau sekarang asyik melawan je kerja bila tunang cakap.aduiii Rasa tak ready sebab tiba-tiba kasih sayang kat parents dan perhatian dari no 1 jadi no 3 dah (selepas suami dan mak & ayah mertua) T_T Rasa tak ready sebab nak masuk ke keluarga baru. Confirm akan ada conflict (tipu la kalau family mertua korang tak ada conflict langsung. DONT DENY!) ekeke *nervous*
Pasal persiapan kahwin pulak hmmmm
1. Legal documents -SETEL! Part ni semua ayah uruskan. Cuma isi borang, datang kursus kahwin dan buat HIV test je. Jumpa tok kadi semua tak perlu.hehe
2. Baju Pengantin- Almost 80% siap. Tinggal nak beading kan baju sanding dan veil je lagi.
3.Hantaran-Almost 80% done. Kek hantaran dah tempah dan 1 dulang sponsored by my cousin. Thanks kak ai :)
4. Katering-Deposit done :)
5.Bilik Pengantin-Belum! Perabot tak beli, langsir tak buat. Sempat ke tidak? T_T
6. Doorgift-DONE! DONE! DONE! Happy!!
7. Kad Kahwin-Tinggal nak edar je lagi.hehe (consider DONE)
8. PA sistem- Belum! T_T suggest please PA sistem area shah alam.huuu
9. Candy Buffet dan Props-DONE!
10. Handbouquet- DONE! Tempah je dari kak nurul.hehe
11. Makeup-DONE!
12. Photographer-DONE!
13. Pelamin nikah dan sanding-DONE!
Hampir semua dah ready.almost 70%. Tengok macam banyak dah buat tapi bila rasa dan tengok macam eh ada je yang tak siap lagi.hehe
BTW berbalik kepada persiapan mental, doakan aku ye. Kalau ada yang nak bagi nasihat please jangan teragak-agak. Sesungguhnya aku sangat perlukan nasihat dan ilmu rumah tangga dari korang yang dah bergelar isteri.sobss Dugaan nak kahwin ni macam-macam.Doakan aku kuat ye.
Thanks all ^^
All the best dear jangan risau2..enjoy the moment..
ReplyDeletejangan terlalu fikir sangat..nasihat dari org yg baru kawen sebulan lebih..hihi..
Tq misshady.doakan kite k :)
Delete