Tuesday, July 15, 2014

Wordless Wed: dUCk scarves

Assalamualaikum,

Salam ramadhan semua. Presenting my first dUCK scarves for raya.hehe ;)




weeeeee imma happy girl!!hehe highly recommended. Harga setanding dengan kualiti dan cara bungkusan ;) Dapat discount jugak masa beli dUCK scarves ni. Discount almost half of the price :)

Shop here

Thanks :)



Wednesday, July 9, 2014

Border lace murah

Assalamualaikum semua,

Aku nak let go border lace warna peach ni sebab kawan aku salah beli warna T_T let go dengan harga murah sangat-sangat. RM25/m (termasuk postage) untuk double side. Please tinggalkan comment atau email di amirahshah@gmail.com jika berminat ye.



Sesuai untuk di patch kan dekat veil, tudung dan baju :)

Thanks semua :)

Tuesday, July 1, 2014

Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum

Assalamualaikum,

Salam ramadhan semua. Pagi ni terbaca news dari Malaysiakini dekat newsfeed facebook mengenai 'Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum'. Sempena bulan ramadhan, umat islam sangat digalakkan bersedekah kerana amalan akan dilipat gandakan banyak dari bulan-bulan yang lain. Bila baca news ni mula-mula pelik. Kenapa lah nak hukum pemberi sedekah. Kan buat amal tu.huhu Tapi bila fikir balik ada pro and cons nya kerajaan bila laksanakan akta ni.

Bagi aku, kebanyakan (bukan semua) peminta sedekah yang ada di KL/Selangor adalah bukan warganegara Malaysia. Kebanyakkan nya warga negara asing termasuk pelarian dan lain-lain. Yang betul-betul susah itu sangat perlu kita bantu. Tapi kalau setiap hari minta sedekah sambil bawa anak-anak daam keadaan tak terurus yang mana sepatutnya anak-anak tersebut berhak diberi perlindungan dan jagaan oleh JKM semata-mata untuk meraih simpati orang awam amatlah dikesali. Berikut adalah sedikit pengalaman aku berdepan dengan peminta sedekah yang aku rasa kerajaan harus tolong/pantau golongan ini:-

1.Ibu membawa anak kecil dan yang remaja semasa minta sedekah
Ada yang aku jumpa dulu di bazar ramadhan di USJ4 ibu bawa anak-anak (anak-anak ok.bukan sorang anak) duduk di antara gerai dengan berpakaian selebet. anak dia yang masih kecil selamba singkap baju ibu dan ibunya tanpa rasa malu breastfeed anak tersebut di tempat awam dengan aurat terdedah. Dan bila dia buka beg yang diisikan wang ringgit, SANGAT banyak hasil yang diberikan orang awam. 

2. Orang buta tapi tak buta.
Mengikut pengalaman ayah aku, ada seorang orang buta selalu minta sedekah di Kuantan. Satu hari ayah aku nampak orang buta tersebut naik teksi dan makan roti canai di restoran dan yang lagi best orang tu tak buta pun.haha masa minta sedekah buat-buat buta.

Dan pernah aku ke carefour subang jaya untuk baiki jam. Tengah tunggu jam siap ada peminta sedekah buta bersama kawannya yang tak buta minta derma. Aku pun bagi apa yang aku ada maklumlah student masa tu sebab dia tak nak berganjak selagi aku tak bagi. Dan bila aku bagi dan orang tu blah je tauke kedai tanya kenapa bagi. Setiap hari peminta sedekah tu datang minta sedekah dan dia nampak bila malam orang tu minum arak mabuk-mabuk. Guna duit hasil dari minta sedekah. Aku pun speechless. Tak tahu nak cakap ape.huhu

3. Orang yang minta sedekah. Lapar nak beli makanan.
Yang ni ada yang betul-betul lapar dan memerlukan makanan. Sangat digalakkan untuk kita pelawa orang tersebut makan bersama dan belanja. Tapi ada juga yang minta sedekah kata nak RM5 nak beli makanan. Bila kita pelawa makan atau bagi sedikit makanan yang kita beli dia tak nak. Nak juga duit.hmmm

4. Orang yang minta sedekah dan bagi ayat Quraan.
Bila kita bagi sedekah dia akan bagi ayat 1000dinar, ayat kursi and etc. Kalau tolak pun dia akan bagi jugak.hmm Ada sekali pengalaman aku, tengah makan ada orang minta sedekah. Aku pun bagi apa yang aku ada. Dia pun bagi aku buku solat tahajjud. Aku terima je lah kan. Lepas tu tak sampai 10min datang sorang lagi minta sedekah minta dari aku. Yang peliknya dia tak pergi kat orang lain. Dia terus pergi ke arah aku. Dan aku refuse untuk bagi sebab aku rasa orang tersebut adalah kawan kepada yang bagi aku buku tu. Dan mungkin sindiket.huhu Dan orang tu agak marah bila aku enggan bagi sedekah kat dia. Punya lah ramai orang dalam kedai makan tu terus dia aim kat aku. Jadi apa korang rasa? 

Tak silap aku, kerajaan di bawah JKM ada menempatkan atau memberi pertolongan dan perlindungan percuma terhadap golongan ini. Diberi makan dan tempat tinggal. Cuma golongan ini tak tahu saluran mana yang harus pergi. Golongan ini sangat-sangat putut dibantu oleh masyarakat. Bukan yang goyang kaki dan marah bila kita tak bagi sedekah. Dan aku sangat setuju kerajaan membanteras SINDIKET PEMINTA SEDEKAH ni. Kanak-kanak dijadikan hamba peminta sedekah (sangat kasihan okay). Selain itu warga asing yang mengambil kesempatan datang ke Malaysia minta sedekah di jalan dan sampaikan ketuk tingkap, berdiri di tengah jalan semata-mata minta sedekah yang mana membahayakan nyawa orang tu sendiri. Nanti kena langgar kereta tak pasal-pasal kan. 

Dan aku faham dan tahu kelebihan memberi sedekah walaupun penerima sedekah menyalurkan hasil sedekah tu ke arah yang tak elok. Tapi kalau setiap hari sampaikan bertahun kerja dia asyik minta sedekah (aku pernah jumpa) walaupun sihat fizikal dan mampu bekerja, mesti lumayan kan hasil yang dia dapat. Sekali sekala untuk bersedekah tak pe, tapi kalau dah jadi kerja tetap peminta sedekah tu sampai bertahun-tahun, kita patut lakukan sesuatu. Sebagai contoh bagi pekerjaan yang sesuai dengan kudrat orang tersebut. 

Dan seperti yang aku maklumkan, aku tak halang pun korang bersedekah kat peminta sedekah. Sangat-sangat bagus sebab kita tak tahu amal mana yang Allah akan terima kan. Cuma aku harap kerajaan pantau dan bagi pertolongan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Yang bertahun minta sedekah dan dikenal pasti adalah sindiket terutamanya warga asing (bukan pelarian) harus disiasat dan bagi mereka peluang pekerjaan kerana aku percaya mereka masih ada kekuatan bekerja sebagai contoh jadi buruh binaan, cleaner atau petani. Dan aku tak bersetuju kerajaan hukum pemberi sedekah. Kadang-kadang pemberi sedekah tu tak tahu dan bagi apa yang dia ada semata-mata mengharap keredhaan Allah dan menyucikan hati. Yang patut dipantau/dihukum adalah penerima sedekah yang sihat fizikal yang telah melakukan kerja tersebut bertahun-tahun dan golongan sindiket penerima sedekah yang memperdagangkan/mempergunakan kanak-kanak. Biarlah kita bersedekah kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Aku tahu ramai golongan yang sangat susah tapi golongan tersebut tak aktif meminta sedekah kerana dilitupi oleh sindiket-sindiket yang sangat bergerak aktif. Dan semoga bila kita menderma kelak kita benar-benar dapat menyumbang kepada golongan yang susah dan sangat memerlukan bantuan orang ramai. 

Adalah sangat sedih bagi aku sebagai orang islam yang minta sedekah menggunakan agama. Walaupun ada yang beritahu segelintir peminta sedekah tersebut bukan muslim tapi menjual ayat quraan semata-mata untuk meraih simpati.huhu

Salam ramadhan semua. Semoga Allah menerima amalan yang kita lakukan sepanjang bulan ramadhan. Aku minta maaf kalau post ini ada yang buatkan kalian terasa hati. Sekadar berkongsi pengalaman dan luahan terhadap peminta sedekah.  

Ramadhan kareem.

Regards,
Amirah

Sunday, June 15, 2014

Wedding checklist 4months before..

Assalamualaikum readers,

Lagi 4 bulan sebelum majlis. Tercari-cari jugak checklist dari ex bride to be yang sistematik dan best. Google punya google jumpa kat sini.hehe best! sebagai rujukan untuk bakal pengantin ;)

Okay untuk majlis aku, ada 4bulan lagi untuk persiapan. Ayah aku dah suruh isi borang online daftar untuk nikah. Ayahnda, kena 3 bulan sebelum la. Nanti isi dan hantar awal-awal tak valid. Kena 3 bulan sebelum majlis.huhuhuhuhu tertekan anaknda mu ini. okey kat sini aku sertakan sedikit review dan checklist untuk majlis perkahwinan #amirahelmi tudiaaa dah keluar hashtag dah.hihik

1. Dewan (DONE)
-Dewan Melur MBSA Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.
-Cara booking, pergi pejabat MBSA Shah Alam, ambil borang dan isi. Hantar borang bersama deposit.
-Keterangan lanjut boleh check di sini
Review: Alhamdulilah family aku suka. Dewan okay dan sebelah surau at-taqwa. Para jemputan boleh solat di surau semasa majlis.tak ada la kes lenggah-lenggahkan solat. alhamdulilah. Impian aku buat majlis dekat-dekat dengan surau/majid.

2. MUA. (DONE)
-Kak Dsadar
Review: Aku ambil keputusan untuk booked kak Sadar based on review cousin aku. Makeup cantik sangat dan harga reasonable ;) 

3. Photographer (DONE)
-FYI aku pernah tulis dilema mencari photographer kat sini. Tapi tak mendapat approval dari sanak saudara.Jadi aku up kan sikit budget aku dan cari yang lebih baik. Alhamdulilah Allah mendorong aku untuk booked En Acai. 
Review: Sanak saudara kata OK. Komunikasi dengan En Acaii sangat best dan professional. Dia sangat baik melayan karenah aku.hehe Thanks en acaii. Review gambar yang diambil dari pengantin sebelum ini pon okay dan dah berpengalaman lama. So why not kita try kan ;)

4. Pelamin nikah (DONE)
-Mak aku request untuk buat pelamin nikah. Sebagai kenang-kenangan katanya. Jumpa butik kak laili melalui group 'all about majlis perkahwinan'
Review: Pelamin dalam budget aku. hehehe suka suka :)

5. Pelamin Sanding/Resepsi Dewan (DONE)
-Telah direview oleh ex-B2B rina di sini
Review: Aku nak yang simple dan murah (kedekut betul.hehe) Orang kata tak outstanding ke tak cantik ke terpulang lah. Yang penting ada pelamin buat syarat je. Bukan aku nak sanding sangat. Untuk bergambar je. Tapi murah la. Paling murah pernah aku survey dan based aku tengok dari apa yang kak fiza pernah buat cantik walaupun tak segrand pelamin yang lain. Tapi still okay di mata aku.hehe 

6. Katering
-Tak bayar lagi deposit tapi mak aku aim nak ambil dengan kak embun.
-Review: Family aku pernah makan di majlis perkahwinan anak kepada kawan mak aku. Semua kata sedap. Dan yang penting makcik embun layan dan sentiasa tanya pasal katering kat aku. Dah booking katering ke belum dik?hehee comel betul. 

7. Legal Documents
-Kursus kahwin dan HIV test done.hihik
-Yang lain tunggu bulan depan kita settle ok.
Review: Boleh tengok kat sini 


Yang belum lengkap:-
Set bilik tidur, doorgift, handbouquet, n etc T_T

FYI, aku 100% booking berdasarkan internet. Tak pergi cari/survey bridal secara fizikal. Sebab nya aku trauma pernah kena sindir dengan bridal.haha tapi mendalam gila sindiran dia beb. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Dan aku ambil semua pakej lain-lain sebabnya baju aku buat sendiri dan makeup dan photographer aku memang aim nak ambil yang cantik dan mahal sikit. Jadinya tak kan nak ambil pakej lengkap tapi nak pelamin dan katering je kan? Jadi solusi nya ambil asing-asing. Ada yang kata mahal ambil asing-asing. Tapi bagi aku kalau pandai cari last-last sama je dari segi perbelanjaan dan perbelanjaan. Kadang-kadang ambil full pakej pelamin dan makeup cantik tapi photographer dan makanan kurang sikit. Jadi tepuk dada tanya selera masing-masing ok.

Lagi satu aku memang tak suka siapa-siapa yang complain majlis kahwin orang lain. Makanan tak sedap, pelamin tak cantik, ehh simplenya majlis kahwin dia. Well hello!! Kau ada bagi duit ke kat majlis kahwin orang yang kau complain tu. Itu je lah yang dia mampu. Jadi tujuan kau pergi kenduri orang tu ape? Nak makan, nak mengumpat, nak tengok pelamin? Tujuan ke majlis kahwin untuk meraikan dan mendoakan pengantin dan keluarga. Kalau grand pun majlis dia dah dia memang berduit. Kalau simple pun itu je yang dia mampu. Sorry aku emo sikit bab ni sebab aku terbaca dekat blog someone dia complain makanan tak sedap dekat kenduri kawen jiran dia. Kemain dia complain siap suggest lagi katering yang sepatutnya orang tu ambil. aihhhh macam-macam.

Jadinya tahan mulut dari complain majlis orang lain. Unless kalau anda betul-betul memang menyumbang terhadap majlis itu sendiri. Kalau tak menyumbang fizikal atau wang, jangan banyak bunyi ok.

Ok sekian sahaja bebelan aku. Thanks for reading peeps :)

Regards,
Amirah



Thursday, June 5, 2014

Thalassemia , HIV dan Urine Test KK Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum,

Aku baru lepas buat HIV test di Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam. Untuk pengetahuan bakal pengantin wajib untuk lakukan HIV test sebagai prosedur sebelum nikah. Sebelum pergi, aku call siap-siap klinik kesihatan seksyen 7 nak tanya prosedur hiv test, masa dan sebagainya. Aku ada baca sesetengah KK perlukan temujanji dan hanya hari tertentu je untuk buat hiv test.



Untuk makluman, KK Seksyen 7 tak perlu temujanji, HIV test bermula dari 8pagi dan limit 30 orang sahaja. Habis 30 orang yang lain kena datang hari seterusnya. Staff yang jawab panggilan aku sangat tak mesra. Tanya berpatah bagi jawapan sepatah.

Jadi aku pun pergi dalam pukul 8.30 pagi. Ramai rupanya pasangan yang nak buat hiv test.hehe FYI aku buat seorang tanpa tunang. Tak nak menyusahkan tunang datang dari Seremban semata-mata nak buat HIV test sama-sama. Tapi tunang ambil cuti dan buat HIV test di Seremban sama hari aku buat HIV test. Untuk B2B yang nak buat HIV test di KK Seksyen 7, macam ni prosedur dia.

1. Datang seawal mungkin, pukul 8 pagi dah boleh ambil borang.
2. Terus ke tingkat 1 untuk ambil borang di kaunter, isi dan turun ke kaunter bawah untuk ambil nombor giliran.
3. Tunggu nombor dipanggil, dan pergi ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar dan bayar RM1.
4. Pergi drop borang dan kad di bilik no 13. Tunggu nombor giliran dipanggil.
5. Sediakan tangan untuk ambil darah. Untuk pengetahuan, KK Seksyen 7 akan ambil darah anda banyak untuk ujian Thalassemia dan HIV test, HIV test menggunakan test kit. On the spot terus dapat keputusan samaada positif atau negetif.

contoh HIV test kit.
6. Ambil sampel darah, pergi ke kaunter makmal untuk bagi darah. Nanti staff akan bagi cawan kertas untuk buat urine test.
7. Drop kad di kaunter A untuk buat blood pressure test.
8. Ambil kad kembali dan pergi ke bilik no 7 untuk jumpa dan pengesahan dari Pegawai Perubatan.
9. Tunggu nombor dipanggil, Dr akan beri sedikit makluman mengenai Thalassemia , HIV test dan urine test. 
10. Lulus, terus tunggu di luar. Tunggu nama dipanggil untuk ambil surat pengesahan dari Dr di kaunter 13.
11. BALIK!!!

Review aku mengenai KK Seksyen 7.

Menyusahkan!!!! argghhhhhh stress!!! Tunang aku buat kat Seremban 10 min dapat keputusan dan semua yang aku baca kat blog dari ex-B2B semua kata sekejap. Untuk aku makan masa 2 jam!2 Jam tahu tak! T_T Dah la tak sistematik. Tertanya-tanya apa rasional kena pergi tingkat 1 semata-mata nak ambil dan isi borang?erghhhh

Sebab terlalu banyak prosedur. Thalassemia test dan urine test. Aku pun tak tahu kenapa urine test kena ambil T_T Thalassemia tu tak silap aku option je tapi mungkin Selangor wajibkan Thalesemia test jadi prosedur tu makan masa lama! T_T 

Bagi yang pembawa thalesemia, anda wajib mendapatkan khidmat Dr. Syukur Alhamdulilah aku tak tergolong dalam golongan pembawa Thalassemia . Bahaya bagi pasangan yang nak berkahwin dan kedua-dua pembawa Thalassemia .huhu Contoh seperti dibawah:

Parking di KK Seksyen 7 sangatlah susah. Kena datang awal untuk cari parking. Staff ada yang mesra ada yang muka ketat T_T tak besttttttt. Dan tempat yang ambil darah dah lebam. Staff dia geram kot aku tak masuk-masuk walaupun nombor dah dipanggil.

Buat B2B selamat melakukan persiapan :) FYI aku pun terkejut kena buat Thalassemia dan urine test sekali. Buat yang bekerja di Klinik kesihatan boleh tak bagitahu kenapa ada pertambahan prosedur tu? 

1 dah selesai. More to come.

Regards,
Amirah





Monday, June 2, 2014

Dilema aturcara majlis perkahwinan

Assalamualaikum,

 Tentatif program sangat penting untuk sesebuah majlis. Sebagai contoh kalau tak buat tentatif program dan dirancang awal terlebih dahulu nanti semua plan camca marba,kelam kabut dan over budget masa. Aku pernah attend majlis kahwin yang sangat kelam kabut. Tak tahu mana satu keluarga pengantin perempuan sebab tak ada yang menyambut. Plus masa makan beradab sepatutnya tunggu pengantin dan baca doa tapi keluarga pihak lelaki makan tanpa pengantin sebab dijemput oleh tuan rumah makan dahuu tanpa tunggu pengantin. I was like errrr.hmmm pelik bukan?

Disebabkan tak nak berlaku kejadian yang kelam kabut dan mengundang ketidak puasan hati, maka aku dengan kesedaran yang tinggi setelah diputuskan dalam mensyuarat keluarga aku (eceh) maka aku pun wajib draft tentatif majlis dari majlis mula hingga tamat. Contoh tentatif majlis yang aku jumpa. Sangat inspire okay. Aku pun tiru dari sini jugak.hehe ;) Sangat teratur dan siap ada timing lagi.


Yang membuatkan aku confius sekarang, aku nak sanding dalam pukul 1.30petang. Maksudnya pengantin muncul masa tu. Sebab azan zuhur untuk majlis aku masuk jam 1.00petang. Jadi lepas makeup terus solat dan terus gerak ke dewan. But sure gelabah ayam masa tu kan sebab nak cepat.Tapi benefitnya selesai solat boleh layan tetamu dan boleh pergi photoshoot terus. Makeup pun tak perlu touch up. Jimat katakan.

Tapi family dan tunang aku request untuk sanding awal. Pukul 12.30tengahari dah keluar. So majlis boleh habis awal. Persoalannya, kalau keluar pukul 12.30, sure solat zuhur lambat. Bila nak g outdoor photoshoot kan?4.19 petang dah masuk asar. Jadinya aku kena keluar dewan paling lambat pukul 3.45petang cuci makeup dan solat zuhur. Lepas tu makeup balik baru pergi outdoor photoshoot. Kira makeup 2kali.huhu Oh korang boleh check waktu solat untuk tahunan di sini  Sebelum planing elok dulu sebagai muslim kita check waktu solat kita. Ye dak.

So aku nak tanya korang..korang prefer majlis makan beradab/sanding sebelum zuhur atau selepas zuhur? Please.aku tengah confuse sangat. Mohon korang bagi pilihan yang best. Ikutkan aku nak after zuhur. Kalau ada ex-B2B lagi best boleh share majlis korang start bila dan macam mana korang uruskan masa.

Btw say no to qada zuhur semata-mata majlis. Tak syiok okay. Dosa meninggalkan solat dengan sengaja walaupun qada.

Thanks for reading my entry.

Regards,
Amirah

Saturday, May 10, 2014

Turun berat tanpa diet dan penggunaan produk

Assalamualaikum,

Lama dah tak bebel kat sini.hehe Tinggal 5 bulan lagi sebelum majlis dan target dari tahun lepas memang nak kurangkan berat badan dan perut buncit (opsss) haha. Ye lah nanti pakai baju kawen tiba-tiba nampak kebuncitan kat situ tak ke menimbulkan fitnah walaupun baru je nikah.ish3

Macam-macam aku dah buat. Name it! Try herbalife, pergi gym, diet atkins. Tapi dalam masa setahun tak jugak turun berat. T_T kalau turun pun akan naik balik. Dengan herbalife jangan cite lah berabis duit kat situ dah at the end berat pon lebih kurang. Sorry herbalifers, bukan nak cakap negatif pasal herbalife tapi honest review dari aku. Lain orang lain penerimaan badan terhadap produk tu. Pergi gym tiap-tiap petang untuk membentuk lean muscle. Diet atkins ku hanya mampu bertahan 4 hari. Tak larat oi tak makan nasi.huhu Puas fikir apa silap aku dalam berdiet. Kebetulan aku mempunyai masalah sengugut yang teruk sejak dari matrik lagi. Jadi bulan 10 tahun lepas setelah berjumpa dengan ramai Dr akhirnya aku dapat figure out kenapa aku sengugut selama ni.ekeke tapi apa kaitan sengugut dengan turunkan berat?

Sebelum aku cerita lanjut, sengugut yang aku alami menyebabkan aku muntah, berangin masa 1st and 2nd day period. Dr kata ada infection dekat rahim so dia bagi ubat dan suggest makan yogurt selama 6bulan pertama setiap hari. Alhamdulilah dengan izin Allah infection dah tak ada dan sengugut berkurangan dan kadang-kadang tak sakit seperti dulu.syukur :') Dalam pada yang sama, aku amalkan yogurt dan cran berry juice, perut buncit semakin berkurang dan berat pun makin bekurang sikit walaupun aku tak amalkan apa-apa diet! Makan macam biasa 2-3 kali sehari (makan makanan berat). But amalkan pun still berat tak turun banyak. So dengan kesedaran yang tinggi aku kira kalori makan. Jaga pemakanan, ambil makan makanan yang sihat, jauhi fast food. Dah lama aku tak ambil fast food sebab setiap kali nak ambil takut bila kira kalori.hehe yang bab kira kalori ni aku belajar dari Kevin and thanks to Farah sebab bagi aku ebook Kevin. Takes time okay diet kira kalori tapi worth! Selain tu aku amalkan minum air lemon setiap pagi untuk detox. Yang ni paling best! sebab air lemon bagi aku sangat cepat membantu turunkan berat badan. 

Result nya, kiraan ukur lilit badan aku berkurang 2'' alhamdulilah. Kiraan diambil dari bulan 10 tahun lepas hingga bulan 5 tahun ni. total get rid 2 inch. Sikit dan mengambil masa yang lama tapi syukur sebab aku tak buat diet atkins, still enjoy nasi dan mee sebab suka sangat, still dapat makan kek (hampir setiap minggu aku beli choc moist cake), at the same time berat semakin berkurang.

Kesimpulan diet aku:-

1) Nak kurus kena ada kesedaran yang tinggi. Jaga pemakanan dan kira kalori. Disiplin dan jangan mudah patah semangat! Bab ni kena ada kawan yang dalam proses turunkan berat jugak baru best :) Lepas tu sentiasa jadikan seseorang sebagai inspirasi. Sebagai contoh untuk aku, cik epal dan labmate aku yang turun 30kg dalam masa 5 bulan.

2) Jangan ambil terlalu banyak makanan yang mengandungi gula yang tinggi, lemak dan tak berkhasiat. Sebagai contoh fast food. banyakkan ambil sayur-sayuran, buah-buahan.

3) Sebelum turunkan berat, make sure tau apa penyakit dalam badan; darah tinggi ke darah rendah ke and etc. Sebab penyakit yang ada dalam diri kita mungkin antara penyebab susah nak turunkan berat (macam aku sengugut dan darah rendah). 

4) Amalkan minum air lemon setiap pagi untuk detox. weweweeee yang ni best. kulit pun bersih, perut kempis. Nak tahu lanjut boleh google khasiat lemon ok ^^ Tak nak air lemon pun gunakan lah air buah-buahan yang baik untuk detox. Dah masuk dalam badan kena lah detox ye tak buat apa nak simpan lama-lama.

5) Makan yogurt. Banyakkan bakteria baik dalam usus ye untuk perut kempis. Sayangi perut anda setiap hari ^^

6) Jangan/Kurangkan pengambilan caffeine. FYI sebelum ni aku pengkopi tegar. Every morning mesti ambil tapi syukur aku dah boleh buang ketagihan tu dan sekarang sekali sekala je minum kopi. Kopi 3in1 sangat sangat sangat tak elok okay!
7) Boleh ambil produk yang ada dipasaran tapi kebanyakkan nya yang aku jumpa suruh jaga makan dan kira kalori. So? sama je tak ambil pun kan. Asalkan disiplin tinggi.

8) Last but not least jangan malas berpeluh! Paling busuk pun buatlah aerobik kat bilik okay bagi keluar peluh.

Diharapkan agar b2b yang dah dekat majlis jangan give up turunkan berat walaupun sibuk sebab nikmat sihat sangat indah.kan 

Salam :)