Assalamualaikum!
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. syukur ke hadrat illahi dan izin Allah akhirnya aku telah diijab labulkan dengan pasangan pada 24/10/2014 yang lepas jam 4petang, Jumaat. Syukur Allah. Terima kasih Allah kerana telah menemukan aku dengan pasangan yang diimpikan.alhamdulilah.
Untuk pengetahuan, kami belajar bersama satu kuliah di Matrik Melaka. Tapi setakat kenal-kenal muka la. Dalam hati terdetik, 'eh handsomenya mamat ni. Tapi skema la pulak.bhahahaha' aduiii setakat usha-usha dari jauh je tapi tu pon sekejap sebab dalam pada yang sama minat budak kelas husbandku.aduiiii
Jumpa balik di UTM Skudai kat DSI. Dia beratur depan aku nak daftar PTPTN. Last-last dia tak ambil pun sebab dapat JPA. Nak dijadikan cerita jumpa borak tegur-tegur je kat DSI masa tu. Nervous bukan main Allah je lah yang tahu. Tak tahu kenapa nervous sangat-sangat borak dengan dia. Esoknya dia minta nombor phone melalui kawan dan dari situ kami keep in touch. Sampai 24/10/2007, dia texted, 'boleh saya jadi 'kawan' awak?'. :') Dan perkenalan kami berlarutan sampai 7 tahun. Susah senang bersama, dan alhamdulilah Allah jodohkan kami :')
Untuk pengetahuan juga, aku selalu doa dalam hati supaya dipertemukan jodoh dengan lelaki ada lesung pipit.hahahaha tak tahu kenapa.aku suka sangat. Alhamdulillah suami ada lesung pipit. Tapi nampak tak nampak sangat.hihi Dan aku juga pernah berdoa, supaya kami nikah pada hari dia tanya boleh jadi kawan tak.hehe Tak sangka doa sekecil tu pun Allah makbulkan. Tepat 7 tahun kami berkawan Allah hadiahkan aku dengan suami, kawan baik dan kekasih dunia akhirat. Thank you Allah :') So kepada semua, beware with all your doa especially doa yang kecil-kecil tu. Sebab kita tak tahu Allah nak makbulkan bila kan :)
suamiku, syurgaku
Berkenaan majlis nikah dan resepsi nanti aku update ok! Banyak sangat review nak buat ni. Suka semuanya berkaitan dengan majlis kecuali PA sistem.blerghhhhhhh rasa nak %^#@^&* T_T
Buat B2B yang lain selamat membuat preparation! rasa rindu sangat nak buat preparation kawen sebab semua aku buat sendiri. Rasa nak jadi wedding planner pulak lepas ni.hihihhihi
Ok till then, salam :)

tahniah dear..:)
ReplyDeletewah! so sweet! tahniah! :)
ReplyDeletehttp://cornhelius.blogspot.com/