Wednesday, November 26, 2014

Review Wedding: Pelamin Dewan

Assalamualaikum,

Salah satu yang orang akan perhatikan masa kenduri adalah pelamin. Ada yang prefer tak perlu pelamin atas sebab-sebab tertentu. Aku pun dulu tak nak pelamin sebab rasa membazir menghabiskan ribu ringgit atas pelamin yang hanya beberapa jam saje. Tapi bila bincang balik kena juga pasang pelamin. Antara sebabnya, untuk  kenangan, senang bergambar, penyeri majlis dan yang penting niatkan tak ada bersanding dan tepung tawar. Hanya bergambar sahaja.huhu 

Disebabkan aku ni pengantin budget, aku puas survey merata untuk dapatkan pelamin dewan bawah RM2k. Ada yang aku cari boleh bagi, tapi design dia sangat simple dan rasa boleh pasang sendiri, tak padan bayar riban riban. Cari punya cari aku ternampak post dari ex B2B Rina  . Masa ni dia dapat harga RM1k. FYI aku punya pelamin sebijik dengan pelamin Rina. Ambil love kat belakang tu pun follow Rina jugak.ehehe sorry sis Rina and thanks for your review!


  • Pelamin dari Classic Bridal by MakeupbyFiza
  • Service review: Terbaik! Krew kak fiza datang on time setup pelamin. Siap dalam masa 2 jam.
  • Price: RM1500 include red carpet, walkaway 8x, arch and payung. Tapi payung tak ada sebabnya aku pun lupa nak remind kak fiza dan dia pun lupa.huhu nasib baik kakak ipar aku ada payung cun simpan dalam kereta.







Berbeza dengan pelamin Rina, aku tukar kerusi. Untuk pengetahuan, aku ambil pelamin bukan sekali dengan katering (deco dewan). Semua asing-asing.hehe Awalnya memang nervous gila sebab takut pelamin tak match dengan deco dewan. Maklumlah ambil asing-asing nanti warna tak sama dan nampak buruk. Alhamdulilah semua perfect! Deco dewan oleh katering pun cantik. Yang ni nanti aku buat review ye. Memang matching sangat dan pak-pak sedara puji cantik.hehe alhamdulilah syukur.

Aku tahu trend pelamin sekarang bukan macam ni tapi sekurang-kurangnya pelamin yang aku tempah ni cukup la untuk keluarga dan kawan-kawan bergambar.hehe Budget pun ciput so berkadar diri la kan. Nak pelamin grand bagai almost 2k++ *pengsan*

Untuk pengetahuan, kerana aku ni sangat malas nak survey butik semua hanya online 100% survey, aku contact kak Fiza thru whatsapp sahaja. Tak call dan tak jumpa face to face langsung. Cuma update je la tanya perkembangan booking kat whatsapp je. Tu yang aku redha kalau kena tipu sebab tak jumpa dan harga pelamin paling murah yang aku pernah survey.hehe Alhamdulilah trusted ok! Highly recommended!!

Sekian.

No comments:

Post a Comment