Masih terasa rindu kat Bandung.hehe simptom-simptom orang yang jarang travel. Bila travel je mesti rindu nak pergi tempat tu lagi.wee disebabkan masih rindu meh kite throwback apa yang best sangat kat Bandung sampai rindu-rindu tu.ekekeke The place that I miss most is PASAR BARU!! why??sebab best!hehe
Actually flight aku pukul 6.40pagi dari LCCT ke Bandung. Ambil masa dalam 2jam 5min untuk sampai. I'm travell alone okay. Sorang-sorang je dalam dlight sampai semua pandang pelik duduk kat seat sorang-sorang and tido.haha Sampai pukul 8pagi. Cuaca Bandung agak sejuk sikit berbanding Malaysia. Sampai-sampai je pergi kastam dan scan beg sebelum keluar. Airport Bandung sangat kecil dan terletak dalam bandar. Jadi tak boleh bina bangunan tinggi dalam bandar and thats why bila pilot pusing-pusing before landing sama rata ketinggian dia. Aku suka sangat tengok permukaan bumi Bandung. Landai dan gunung dia owesome. MasyaAllah Ada tasik in between a peak of tow mountains. Memang cantik tapi tak sompek den nak ambil gambar sebab khusyuk tengok view dia.huhu
padat
macam pasir kita pegang dengan jari bentuk-bentukkan.cantik kan?
Lepas scan terus ambil taxi dengan Rp 50,000 ke Pop Hotel Festival Link. On the way nak ke hotel tu berlaku sesuatu yang sangat aku bersyukur. Sebab aku hampir accident!! Dalam taxi tu tengah khusuk berborak dengan driver tu tiba-tiba ada motor dengan laju dan hilang kawalan menuju tepat ke arah aku dan nak langgar. Tergamam habis aku dan alhamdulilah Allah nak selamatkan ada divider dan penunggang motor tu langgar divider dan jatuh which is tak sempat nak langgar aku. Syukur sangat.huhuhu and driver taxi tu rilek je.haha aku dah cuak bagai. Borak-borak dengan driver tu dia kata kalau nak ambil dengan dia untuk drive ke tempat yang kita nak dia bagi Rp 50k je dan kalau ke Tangkungban Perahu atau Kawah Putih dia boleh bagi Rp 70k satu kereta. Unfortunately kawan-kawan aku dah booked supir. Kalau korang setakat nak berjalan shopping macam aku jangan ambil supir okay. Ambil taxi je dah cukup. Jimat berganda.
Sampai ke Festival Link jumpa kawan-kawan aku dan terus ke Pasar Baru. Pecah telur katanya.hehe ;) aku dah buat list barang apa nak beli. Antaranya telekung untuk family, kain pelekat untuk pak-pak sedara, kain nikah, songket untuk sanding, kain family dan bridesmaid, dan doorgift. Tambahan makanan dan baju-baju. Jimat beribu ringgit okay kat Bandung ni. Sesuai la dengan aku ambil 40kg luggage kan.hehe
Pasar Baru uolss
keadaan kat Bandung buat aku insaf sangat. Ada yang susah tu susah betul Ada yang kaya tu kaya gila.huhu
jammed sebab new year dan ramai yang datang Bandung
Tips di Bandung:
1. Survey tempat nak pergi mana dan buat list harga barang.
2. Ambil supir kalau nak jalan jauh. Kalau intention nak shopping je macam aku sila ambil taxi. Blue bird taxi Rp 50k dalam Bandung. Kalau taxi selain Blue bird agak mahal, Rp 70k. Boleh ambil angkutan nak lagi jimat. Since aku first time datang Bandung so kiteorang prefer supir and of course tak berbaloi ambil untuk shopping je.
3. Tawar sampai 50-60% dari harga barang. Jangan tawar sikit-sikit sebab nanti rugi. Kalau rasa boleh murah lagi tapi peniaga tak nak bagi lari je dari kedai tu. Nanti dia panggil balik.haha tapi lepas tu beli lah kang ko tak beli kang ada yang kena sumpah seranah kat situ.
4. Sentiasa bawak kalkulator kat tangan. Kalau dah pandai dan cekap mengira tak perlu kot yang ni.
5. Jangan pergi masa cuti cth new year macam aku sebab sesak sangat dan harga barang mahal.
6. Driving di Bandung sangat extreme. Jangan terkejut tetiba ada kereta yang menyelit dan rapat-rapat. Dan jangan terkejut di tepi jalan ada orang yang jaga jalan dan driver bagi tip kat diorang.
7. Sentiasa baca doa ke mana sahaja sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku. Semoga ke mana yang kita pergi diredhai dan dijaga Allah.
8. Tandas di Bandung sangat bersih. Jangan risau.hehe (Malaysia patut malu dengan ini)
Next entri..Pasar Baru ^^

assalam. boleh send emel kat saya x? ada benda nak tanya. tq =]. chomey2u@gmail.com
ReplyDelete